Kebun Kejiranan Bandar LA21 KL

Source: DBKL

YBhg. Datuk Seri Hj Mahadi Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur meluangkan masa meninjau kawasan talian rentis TNB di Taman Danau Desa pagi tadi.

Urus setia LA21 KL telah mengenalpasti beberapa kawasan Rentis TNB yang berpotensi dimajukan sebagai kebun kejiranan bandar.

LA21KL akan bekerjasama dengan komuniti setempat bagi mengoptimumkan kawasan rentis TNB dengan tanaman-tanaman kontan.

Hasil tanaman yang segar dan berkualiti akan dibekalkan kepada restoran-restoran sekitar Kuala Lumpur. Inisiatif ini juga boleh membantu golongan B40 dalam menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti sihat disamping mendapat sumber makanan yang lebih berkhasiat.

Turut hadir wakil pihak TNB, pegawai-pegawai Kanan DBKL dan pengurusan Anjung Kelana.

Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle