Topic: Oceans and Seas

Aqua SeDAmai SK Desa Amanpuri

Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri, Kepong telah mewujudkan satu ruangan yang dinamakan Aqua Sedamai bagi mendedahkan kepada murid kepentingan mengenali dan menjaga khazanah lautan agar sentiasa terpelihara dan terjaga.

Idea ini telah dicetuskan oleh tuan guru besar, En. Ahmad Azizi bin Alias yang ingin melihat hidupan laut dapat dipaparkan di sepanjang koridor sekolah. Walaupun ia hanya sekadar cetakan, namun pihak sekolah berharap agar impak yang positif dapat diperoleh oleh warga sekolah untuk menjaga dan mengenali lautan.

Menyahut kepada kempen Sustainable Development Goals (SDG), pihak sekolah telah memilih Goal 14 iaitu Life Below Water untuk menerangkan bagaimana komuniti sekolah menjaga kepentingan lautan dengan sebaiknya.

Ruangan ini memaparkan hidupan laut yang sangat cantik dan sasaran warga sekolah bagaimana untuk sentiasa memelihara khazanah lautan setiap masa.

Semoga dengan ruangan Aqua Sedamai ini dapat mendidik murid-murid dan warga sekolah terhadap kepentingan menjaga lautan dan hidupannya dengan cara yang terbaik.

Submitted by
Muhammad Muslim bin Balya
SK Desa Amanpuri
27 Jul 2023
Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle