Program Kutipan Sampah bersama Sukarelawan dan Pengumpulan Data Hasil Kutipan Sampah bersama Fuze Ecoteer @ Kg. Sg. Penchala

SAYANGI SUNGAI DAN ALAM SEKITAR KITA

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bersama rakan kongsi Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL) iaitu Fuze Ecoteer berserta 12 sukarelawan dari Sunway Universiti telah menjalankan aktiviti pembersihan di Sungai Kayu Ara di Kampung Sungai Penchala selama 2 hari.

360 kg sampah telah dikutip semalam manakala sebanyak 456kg telah dikutip pada hari ini. Sampah-sampah ini akan diasingkan mengikut jenis bagi mengkaji jenis sampah yang paling banyak terlepas ke sungai.

Terima kasih juga kepada pihak SW Corp dan Alam Flora yang telah membantu mengutip sampah yang telah dikumpulkan.

DBKL menyeru warga kota Kuala Lumpur untuk lebih prihatin akan kebersihan sungai dan alam sekitar supaya ianya dapat dinikmati oleh kita sendiri dan generasi akan datang.

Turut menghadiri aktiviti tersebut adalah Puan Nor Hashida Bt Harun Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Sumber: https://www.facebook.com/dbkl2u/posts/pfbid0nCPVro11HhXe87KtCbhSjrFP5R6fX2jkK7KfQAtjnV42Hmyjj43rUyaehGNZ8TJcl

Newsletters
© 2025 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle