'Plogging With Swedish' Sempena Sambutan The Nordic Month

This image has an empty alt attribute; its file name is WhatsApp-Image-2022-05-13-at-4.33.45-PM.jpeg

YBhg Datuk Seri Hj Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur bersama-sama dengan T.Y.T Dr Joachim Begstrom, Duta Besar Sweden ke Malaysia, T.Y.T Morten Paulsen, Duta Besar Norway ke Malaysia, dan Eero Vaisanen, Deputy Head of Mission Kedutaan Finland telah meluangkan masa melakukan aktiviti plogging pada hari ini di sekitar Jalan Raja Laut, Jalan Tunku Abdul Rahman dan River of Life.

Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah bagi memastikan bandar raya Kuala Lumpur sentiasa kekal bersih dan Indah selari dengan matlamat DBKL untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia.

Turut menghadiri aktiviti ini adalah YBhg Datuk Hj. Anwar Bin Mohd Zain, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, pengarah-pengarah jabatan dalaman DBKL, kakitangan daripada pelbagai jabatan dalaman DBKL, Alam Flora dan SWCorp.

Sumber: https://www.facebook.com/dbkl2u/posts/pfbid02gfkGUYCYAQYRHqLatsRhptXrK9eww6dTB5GH3Z4jhqHLEjm9Hz1NVE11DF4Yqpgcl

Newsletters
© 2025 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle