10 Jun 2022, Kuala Lumpur – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) bersama- sama dengan Jawatankuasa Persekitaran Bukit Bintang LA21KL telah menyertai lawatan pemantauan (walkabout) dan aktiviti plogging di sekitar kawasan Bukit Bintang. Aktiviti ini bertujuan memastikan kawasan persekitaran pusat bandaraya Kuala Lumpur dalam keadaan bersih selain menerapkan budaya cintai Alam Sekitar.





