KUALA LUMPUR DAN PULAU PINANG PERKUKUH AGENDA KETAHANAN BANDAR SERANTAU

Pada 1hb. Ogos 2025, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur merangkap Ahli Lembaga Pengarah Resilient Cities Network, telah menyampaikan ucapan penghargaan sempena Majlis Pelancaran Penang Resilience Strategy yang berlangsung di Eastin Bay Hotel, Pulau Pinang.

Beliau menzahirkan sokongan penuh terhadap komitmen negeri Pulau Pinang dalam memperkukuh daya tahan bandar, terutamanya dalam menghadapi cabaran iklim, tekanan ekonomi dan risiko sosial yang kian mendesak. Beliau turut mengiktiraf peranan penting kerjasama merentas sektor melalui pendekatan 4P — Public, Private, People, Partnership — dalam menjadikan Penang sebagai perintis strategi daya tahan pertama seumpamanya di Asia yang bersifat inklusif dan digital.

DBKL juga sedang melaksanakan pelbagai inisiatif ke arah pembangunan bandar yang lebih mampan dan berdaya tahan. Ini termasuk pelan tindakan iklim, projek mitigasi banjir serta program berasaskan komuniti yang memberi penekanan kepada pembangunan inklusif dan berdaya adaptasi.

Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mungkin dua bandar berbeza, tetapi berkongsi visi yang sama – membina masa depan bandar yang lebih kuat, lebih selamat dan lestari untuk generasi akan datang.

Newsletters
© 2026 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle