KEMPEN KITAR SEMULA MINYAK MASAK TERPAKAI BAZAR RAMADAN KUALA LUMPUR

YB Dr Zaliha Binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) telah melancarkan Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai Bazar Ramadan Kuala Lumpur.

Beliau telah menyerahkan botol kepada peniaga-peniaga bazar Ramadan yang akan digunakan bagi mereka untuk mengisi minyak masak terpakai. Minyak tersebut boleh dijual semula dengan harga RM 2.70 sekilogram.

Kempen ini bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran karbon dan dalam masa yang sama dapat membantu peniaga di bazar Ramadan meraih pendapatan sampingan.

Program ini juga merupakan salah satu komitmen DBKL dalam menjayakan program yang dibawa oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) iaitu Program Waste to Wealth sebagai visi utama menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai Eco-Friendly City.

Kempen ini merupakan kerjasama bersama pihak Fatthopes Energy dan Eco Circular Solutions Provider.

#KLBandarUntukSemua
#bandarmampanbandarsejahtera

Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle