Sempena dengan Sambutan Hari SDG, seramai 128 orang murid dan 28 orang guru telah bersama-sama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi meraikan hari yang sungguh istimewa ini yang turut disertai oleh Miss Eva Oskam, Timbalan Duta Kerajaan Belanda dan YBhg. Dato' Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur bertempat di Dataran DBKL, Jalan Raja Laut.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam sambutan tersebut adalah seperti senamrobik, bengkel berkaitan SDG, dan inisiatif alam sekitar bagi membersihkan Sungai Klang.
Diharapkan dengan adanya sambutan seperti ini ianya mampu mendidik dan membantu generasi akan datang untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar yang lebih mampan kerana merekalah yang akan membentuk Kuala Lumpur pada masa akan datang.