Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi telah mengadakan Program Gotong Royong Penanaman Pokok bersama Pelajar Universiti Poly Tech Malaysia Kuala Lumpur di Taman Tasik Pemaisuri Kuala Lumpur. Sekitar 30 orang pelajar telah melakukan penanaman sebanyak 400 pokok renek spesis Leucophyllum frutescens (Ash Plant) disepanjang laluan pejalan kaki Taman Tasik Pemaisuri.