Perkhidmatan Bas Percuma untuk Warga Kota adalah inisiatif yang dijalankan oleh pihak berkuasa tempatan atau kerajaan untuk membantu warga kota, terutamanya yang kurang mampu, dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam secara percuma. Ini bertujuan untuk mengurangkan beban kos pengangkutan harian bagi warga yang memerlukannya, serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.
TV Al Hijrah telah menjemput wakil DBKL bagi berkongsikan berkenaan perkhidmatan bas GOKL kepada orang ramai pada 21 Februari 2024 lalu. Program ini bagi berkongsikan info terkini berkaitan bas GOKL dan sebagai promosi kepada orang ramai.