Topic: Sustainable transport

MAJLIS PERASMIAN BAS MINI GOKL DAN PELUNCURAN LALUAN BAHARU GOKL KE GOKL 15

  • Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah diiktiraf oleh Sijil Malaysia Book of Records sebagai Pihak Berkuasa Tempatan yang pertama di Malaysia yang menggunakan bas Elektrik paling banyak dan memberikan perkhidmatan secara percuma kepada orang ramai pada 17 Disember 2022 yang lalu di Taman Metropolitan Kepong.

 

  • Penwujudan laluan baharu GOKL diperluaskan ke kawasan yang berkepadatan penduduk tinggi, keutamaan kepada golongan sasar B40, kawasan-kawasan Perumahan Kos Rendah (PPR), Perumahan Awam (PA), Kompleks Kerajaan dan pusat-pusat komersial.

 

  • Bermula pada 1 Februari 2024, Laluan Baharu  GOKL  ke 15 memulakan perkhidmatan yang melibatkan kawasan Parlimen Bandar Tun Razak .

 

  • Laluan ke 15 ini  merupakan laluan yang akan menghubungkan penumpang dari Prima Alam Damai ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah dijenamakan sebagai GOKL 15.

 

  • Laluan GOKL 15  akan melalui beberapa kawasan perumahan awam yang berkepadatan tinggi iaitu Residensi PR1MA Alam Damai, Flat Taman Desa Cheras, SMK Alam Damai, SK Alam Damai, Flat Taman Bukit Anggerik, SMK Orkid Desa, Madrasah Makarimul Akhlak, Risedensi Razak Mas, Angkasa Kondominium, Puncak Banyan Kondo, Kuaters Institut Pendidikan Alam Damai

 

  • Laluan baharu ini diwujudkan bagi memberikan penumpang membuat banyak pilihan dan dapat membuat pertukaran mod pengangkutan dari bas kepada penggunaan rail samaada MRT atau LRT. Disamping itu juga terdapat beberapa lokasi yang membolehkan penumpang membuat pertukaran laluan bas yang dikehendaki iaitu di hentian IDB dan Prima Alam Damai.

 

  • Kekerapan bas adalah setiap 5 minit pada waktu puncak dan pada luar waktu puncak adalah setiap 15 minit bagi 4  laluan di dalam Pusat Bandar (Last mile) iaitu GOKL 01, GOKL 02, GOKL 03 dan GOKL 04.

 

  • Manakala bagi laluan di luar Pusat Bandar (First Mile) iaitu GOKL 05, GOKL 06, GOKL 07, GOKL 08, GOKL 09, GOKL 10, GOKL 11, GOKL 12, GOKL 13,  GOKL 14 dan GOKL 15 pula kekerapan perkhidmatannya adalah setiap 15 minit pada waktu puncak dan setiap 30 minit pada luar waktu puncak.

 

  • Penambahan laluan tambahan ini dipilih adalah berdasarkan kajian yang telah dijalankan, permohonan dari penduduk setempat, kawasan perumahan berkepadatan  tinggi disamping itu dihubungkan ke stesen sistem transit  yang berdekatan agar menggalakkan pertukaran mod  (modal shift) untuk perjalanan  pergi/balik pejabat daripada mod  kenderaan persendirian kepada  pengangkutan awam.

 

  • Bas Mini EV GOKL yang bersaiz 8 meter akan digunakan di laluan GOKL 15 kerana pergerakkan bas akan lebih lancar dan mudah untuk membuat pusingan terutamanya melalui kawasan - kawasan perumahan. Bas mini EV dipilih di laluan ini kerana akan memudahkan pergerakan dan menjimatkan masa terutamanya ketika melalui jalan yang sempit dan selekoh yang tajam. Bas  bersaiz 8 meter ini masih dapat  menampung kapasiti 52 Penumpang (18 tempat duduk , 33 berdiri & 1 wheel chair). Untuk sementara laluan baharu ini akan beroperasi menggunakan bas Elektrik 10 meter sebelum digantikan kepada bas Mini Elektrik dijangkakan pada bulan Mei 2024.
Gallery
Resources
Submitted by
SUHAILIZA SUBRE
JABATAN PENGANGKUTAN BANDAR (JPB)
05 Feb 2024
Newsletters
© 2025 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle