Kebun Komuniti Sungai Keroh Mutiraa Magna menjadi tumpuan pada 4 Julai 2026 apabila satu program kolaboratif dianjurkan bersama Unit LA21KL DBKL, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Eco Ranger LA21KL.
Kebun ini telah memulakan usaha penternakan kelulut spesies Heterotrigona itama, dengan sekitar 20 koloni diselia oleh peserta yang masing-masing bertanggungjawab terhadap beberapa koloni.
Pasukan pakar dari UIAM turut hadir bagi berkongsi ilmu dan kemahiran teknikal, peserta diberi tunjuk ajar serta demonstrasi langsung mengenai kaedah menghapuskan kulat dan langkah perlindungan koloni bagi memastikan kelestarian penternakan.
Selain itu, peserta turut didedahkan dengan teknik menyedut madu kelulut menggunakan pam dengan lebih cekap dan menjaga kebersihan hasil tuaian.
Program turut disertai peserta dari Kebun Komuniti DKebun Sungai Penchala, mengukuhkan semangat perkongsian ilmu merentas komuniti kebun bandar.
Suasana turut dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 300 kanak-kanak di dewan orang ramai yang menerima sumbangan beg sekolah daripada Faaizulaswad Bin Dato' Haji Mohd Salleh, Pengurus Besar (Pentadbiran & Operasi), Persatuan Pengimpot dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA).
Inisiatif ini mencerminkan sinergi pelbagai pihak — akademia, agensi kerajaan tempatan dan komuniti — dalam menyokong penternakan kelulut sebagai penyelesaian berasaskan alam (NbS) yang selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan




