DBKL RAIH PENGIKTIRAFAN DI MALAYSIA TECHNOLOGY EXPO (MTE) 2026

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus mengharumkan nama bandar raya apabila berjaya meraih pengiktirafan di Malaysia Technology Expo (MTE) 2026.

Sebanyak empat pasukan yang mewakili DBKL telah menyertai pertandingan ini dengan pencapaian membanggakan apabila tiga projek berjaya merangkul Anugerah Perak (Silver), iaitu e-Bayar: Pay Smart, Pay Easy oleh Jabatan Kewangan, INCURB: A Smart Integrated Curb Drainage System oleh Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran serta RESTART – Reopening System for Trade and Retail oleh Jabatan Penguatkuasaan.

Selain itu, projek Urban Rat Trapping Device (URTD) oleh Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar turut mencatat kejayaan dengan menerima Anugerah Gangsa (Bronze).

Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan DBKL dalam memperkasa inovasi serta membangunkan penyelesaian yang praktikal, berimpak tinggi dan memberi manfaat langsung kepada kesejahteraan warga kota.

Newsletters
© 2026 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle