KUALA LUMPUR LEBIH HIJAU DAN CERIA UNTUK SEMUA

Sebagai usaha berterusan dalam menceriakan serta menghijaukan bandar raya Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah melaksanakan penanaman pelbagai pokok bunga di lokasi tumpuan sekitar ibu kota. Antara kawasan yang terlibat termasuk di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad serta kawasan Dataran DBKL bagi mewujudkan suasana bandar yang lebih indah, segar dan selesa untuk dinikmati bersama.

Inisiatif ini bukan sahaja memperindahkan landskap bandar, malah turut menyokong persekitaran yang lebih lestari dan berkualiti untuk warga kota.

Newsletters
© 2026 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle