13 Disember 2024- Majlis Bandaraya Ipoh telah menerima kunjungan delegasi dari Pejabat Local Agenda 21 Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang diketuai oleh Dato’ LAr. Ismail bin Ngah, Ahli Lembaga Penasihat DBKL serta Dr. Abdul Basir bin V Kunhimohamed, Ahlli Lembaga Penasihat DBKL. Lawatan ini terdiri seramai 35 orang dan dari pelbagai agensi seperti Universiti Putra Malaysia, ILAM, Persatuan Permuafakatan PIBG Sentul, Mondatech Com dan lain-lain.
Lawatan tersebut bertujuan untuk mewujudkan perkongsian maklumat berkaitan Kebun Kejiranan Bandar Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL).
Sesi taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Muhammad Faiz bin Abdullah, Pengerusi KRT Rumah Pangsa Harmoni Buntong, Ipoh.
Semoga lawatan berkenaan dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Majlis Bandaraya Ipoh.