PERTANIAN KOMUNITI PPR RAYA PERMAI KUALA LUMPUR

Program Walkabout Pertanian Komuniti PPR Raya Permai, Kuala Lumpur telah diadakan hari ini bersama YBhg. Datuk Badrul Hisham bin Mohd, Timbalan KSU (Pembangunan) bagi meninjau pelaksanaan projek pertanian komuniti sempena Hari Terbuka BUDI Agri- Komoditi Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur anjuran Jabatan Pertanian (DOA).

Projek pertanian komuniti yang bermula pada tahun 2022 di bawah bimbingan DOA turut mendapat kerjasama dan sokongan pelbagai agensi antaranya Local Agenda 21, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan IMU University. Pelbagai jenis sayur-sayuran dan herba diusahakan oleh 40 orang peserta melalui kaedah fertigasi dan konvensional seperti terung, cili, sayuran berdaun dan tanaman herba. Mereka turut menghasilkan produk hiliran seperti air teh lemon, air limau asam boi dan air serai daripada hasil tanaman yang diusahakan. Sehingga kini, mereka dapat menjana pendapatan sebanyak RM2,500 sebulan dan memberikan penjimatan kos bagi setiap peserta sebanyak RM100 sebulan.

Komuniti PPR Raya Permai turut mendapat manfaat daripada Program SejaTi MADANI di bawah Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) bernilai RM86,000 dan bantuan input pertanian dan sistem pengairan bernilai RM20,000 melalui Insentif Pertanian Bandar (IPB) di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada tahun 2024.

Hadir bersama adalah YBhg. Dato’ Nor Sam binti Alwi, Ketua Pengarah Pertanian; Encik Jazman Azi Jamaludin, Setiausaha Bahagian Sekuriti Makanan KPKM dan Puan Salmah binti Ibrahim, Pengerusi Persatuan Sejahtera Taman Herba serta pegawai-pegawai kanan KPKM dan DOA.

Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle