Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), YB Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini telah menghadiri acara “plogging” sempena Hari Bumi 2024 di taman berdekatan Wisma BERNAMA hari ini.
Acara ini merupakan inisiatif daripada Kedutaan Sweden di Malaysia dan juga anjuran bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan BERNAMA. “Plogging” merupakan gabungan aktiviti berlari sambil mengutip sampah di sepanjang laluan larian. Ini merupakan satu usaha bagi meningkatkan kesedaran dan mengamalkan budaya yang positif ke arah kelestarian alam.
Turut hadir, Dr Joachim Bergströ, Kedutaan Sweden, YBhg. Datuk Seri Kamarulzaman Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Nasriah Darus, Timbalan Ketua Pengarang, BERNAMA.