Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)

PAWE merupakan perkhidmatan yang bercorak pendampingan sosial dan pembangunan kepada warga emas. Ia merupakan tempat bagi warga emas menjalankan aktiviti dalam komuniti. Program ini merupakan inisiatif yang sangat baik sebagai persediaan ke arah negara tua yang dijangka kita hadapi pada tahun 2030 nanti. 

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sejumlah 10 buah PAWE telah ditubuhkan di kawasan Parlimen tersebut iaitu:

  • PAWE Cheras Baru;
  • PAWE Batu;
  • PAWE Seputeh;
  • PAWE Setiawangsa;
  • PAWE Titiwangsa;
  • PAWE Bandar Tun Razak;
  • PAWE Kepong;
  • PAWE Lembah Pantai;
  • PAWE Wangsa Maju; dan
  • PAWE Segambut

Bagi Parlimen Bukit Bintang, penubuhan PAWE sedang diusahakan bagi memastikan warga emas di kawasan berkenaan juga tidak ketinggalan mengikuti aktiviti dan program serta inisiatif yang dirangka mengikut corak dan kesesuaian komuniti tersebut agar ia dapat diikuti bukan hanya warga emas malah ia sesuai untuk semua peringkat usia.  

Matlamat Dasar Warga Emas Negara adalah mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang membantu warga emas hidup sejahtera.

Keahlian Jawatankuasa Pembangunan Warga Emas Negeri (JPWEN) WPKL terdiri daripada agensi kerajaan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu yang berkepakaran dalam bidang warga emas yang diharap dapat membantu memberikan pandangan seterusnya merancang program-program terbaik ke arah kesejahteraan warga emas.

Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle