PROGRAM TRANSFORMASI DAN PEMBANGUNAN DIRI BELIA KOMUNITI CHOW KIT

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), melalui Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar telah mengadakan Program Transformasi dani Pembangunan Diri kepada belia jalanan Chow kit selama 3 hari 2 malam di beberapa kawasan di Jerantut, Pahang.

Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dalam membentuk semula jati diri dan membuka minda belia untuk menceburi bidang perniagaan dan keusahawanan.

Antara aktiviti yang diadakan adalah seperti lawatan ke salah satu hab agropelancongan di Ladang Anggur Kg. Temin dan Projek Ikan Sangkar Patin dan Talapia di Jerantut, Pahang.

Peserta juga di bawa melawat ke Aza Gallery untuk didedahkan dengan aktiviti seni lukis genre kartun melalui tunjuk ajar khas dari pengasas galeri tersebut iaitu En. Abdul Razak bin Sofhi yang lebih dikenali sebagai nama pena Aza (kartunis selebriti).

Sesi penutup program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Zulkifli bin Muhammad, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar dengan menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta yang terlibat.

#KLBandarUntukSemua
#bandarmampanbandarsejahtera

Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle