PROGRAM HARI TERBUKA SEKOLAH MAMPAN KUALA LUMPUR PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH (PPD) SENTUL 2024

Susulan kejayaan pelaksanaan Sekolah Mampan Kuala Lumpur sepanjang tahun 2022/2023 serta impak positifnya kepada warga sekolah dan komuniti, DBKL melalui Jawatankuasa Sekolah Mampan Kuala Lumpur di bawah LA21 KL, bersama Pejabat Pendidikan Daerah Sentul, dengan bangga menganjurkan Program Hari Terbuka Sekolah Mampan Kuala Lumpur 2024 buat julung kalinya.

Kawasan tumpuan komuniti dan penglibatan sekolah-sekolah di Daerah Sentul, dengan kerjasama pelbagai rakan strategik seperti:

  1. Pejabat Pendidikan Daerah Sentul
  2. Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul
  3. Persatuan Permuafakatan Ibu Bapa Prihatin, Zon Sentul
  4. Majlis Pengetua Sekolah Malaysia, Cawangan Sentul
  5. Persatuan Guru Besar Malaysia, Sentul

Program ini bertujuan memperkenalkan masyarakat kepada kluster program transformasi pendidikan, yang meliputi:

  • Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
  • Inklusiviti dalam pendidikan
  • Digitalisasi perkhidmatan pendidikan
  • Pemantapan modal insan
  • Kurikulum, pentaksiran, serta pengembangan potensi dan bakat murid

Dengan kerjasama LA21KL dan penglibatan sektor swasta melalui CSR, program ini beraspirasi untuk melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak mulia, bersatu padu juga membudayakan amalan baik. Hari Terbuka ini juga membuka peluang kepada komuniti untuk lebih mengenali Projek Sekolah Mampan Kuala Lumpur serta sekolah-sekolah di daerah Sentul.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Puan TPr. Siti Hanim binti Abd Rahman, Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya, mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur. Turut hadir YBrs. Puan Zainon binti Harun, Pegawai Pendidikan Daerah Sentul.

Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle