Pada hari ini, seramai 150 orang belia yang merupakan peserta Program Malaysia Future Leader School (MLFS) telah menghadiri sesi sembang santai bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur bertempat di Dewan Megapuri, Tingkat 30, Menara DBKL 1.
Para peserta yang hadir telah diberikan taklimat pengenalan mengenai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum sesi sembang santai bermula.
Dalam sesi sembang santai tersebut, YBhg. Datuk Seri PMgr Sr Hj. Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah berkongsi mengenai perjalanan karier beliau sebagai penjawat awam di DBKL.
Selain itu, beliau turut berkongsi mengenai bagaimana beliau menjaga kebajikan kakitangan di DBKL, ciri-ciri utama seorang pemimpin dan nasihat beliau kepada para peserta yang merupakan bakal pemimpin pada masa akan datang.
YBhg. Datuk Bandar juga turut mendoakan agar semua peserta akan berjaya dan cemerlang dalam Program MLFS dan mendapat keputusan peperiksaan SPM yang cemerlang.
Program MLFS merupakan satu program nasional bertujuan untuk mengilap bakat kepemimpinan masa hadapan negara yang telah diterajui oleh Akedemi Kenegaraan Malaysia.
Hadir sama dalam program tersebut adalah YBrs. Tuan Hj. Mohd Haswandi bin Hj. Ahmad, Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia.