Padang Merbok telah dibuka semula sepenuhnya kepada orang awam pada 14 Januari 2026, sekali gus mengembalikan akses kepada ruang hijau bersejarah yang menjadi lokasi rekreasi, riadah dan aktiviti komuniti di tengah bandar Kuala Lumpur.
Pada hari ini, YB Hannah Yeoh, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersama YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai , telah mengadakan sesi sidang media dan turun padang ke Padang Merbok bagi meninjau keadaan kawasan serta kemudahan sedia ada termasuk aspek akses, keselamatan dan kesesuaian penggunaan oleh orang awam.
Padang Merbok terus dipelihara sebagai ruang awam yang inklusif dan selesa untuk aktiviti sukan, rekreasi serta perhimpunan komuniti, selari dengan keperluan bandar yang semakin membesar dan keutamaan kesejahteraan warga kota.


