Lestari Niaga @ Kuala Lumpur merupakan inisiatif kerajaan MADANI untuk menaiktaraf dan mengindahkan fasiliti gerai-gerai peniaga kecil dan penjaja sedia ada di Wilayah Persekutuan menjadi lebih kondusif dan selesa.
Salah satu projek di bawah inisiatif Lestari Niaga @ Kuala Lumpur adalah Lestari Niaga MADANI @ Wirawati atau sebelum ini dikenali sebagai Pasar dan Pusat Penjaja Jalan Wirawati.Nak tahu apa yang telah di naiktaraf di pusat penjaja tersebut? Gambar-gambar di bawah mengenai kerja-kerja naiktaraf yang telah dijalankan.