LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG TAR UMT: KE ARAH INFRASTRUKTUR BANDAR RAYA YANG LEBIH SELAMAT DAN LESTARI

Laluan ini direka bentuk dengan mengambil kira aspek keselamatan, keselesaan dan kelestarian, serta dilengkapi dengan sistem pencahayaan solar yang menyokong agenda bandar rendah karbon. Pembinaannya bukan sahaja memperkukuh akses fizikal antara pengangkutan awam dan institusi pendidikan, malah memperlihatkan kesungguhan pihak swasta dalam menyumbang kepada pembangunan bandar raya secara menyeluruh.

Projek ini ialah hasil kerjasama strategik antara DBKL dan Radium Development Berhad — satu contoh terbaik pelaksanaan Prinsip 4P (Public, Private, People Partnership) yang diterajui oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam kerangka pembangunan mampan bandar raya. Melalui pendekatan ini, pembangunan tidak hanya berasaskan kepentingan komersial, tetapi turut memberi manfaat langsung kepada masyarakat.

Laluan pejalan kaki ini juga menyokong pelaksanaan salah satu inisiatif utama DBKL bagi tahun 2025 di bawah tema Penghijauan Bandar, iaitu pembangunan “Green Connector” — jaringan laluan hijau yang menggalakkan pergerakan pejalan kaki secara selamat dan selesa dalam persekitaran bandar.

Newsletters
© 2025 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle