Pada 28hb Julai 2025, Delegasi daripada Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) yang diketuai oleh YBrs. Ts. Hj Mohammad Hazani Hj Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, telah mengunjungi YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur di pejabat beliau.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah berbincang mengenai potensi kerjasama antara MTDC dan DBKL antaranya adalah pembangunan papan pemuka (dashboard) bersepadu berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi pengurusan bandar pintar serta penganjuran program latihan kecerdasan buatan Generatif (GenAI) kepada kakitangan DBKL.



