Kerja-kerja pengindahan landskap kawasan hijau di Lot 48659, Jalan 30/70A kini sedang giat dilaksanakan. Inisiatif ini turut mendapat kerjasama serta sokongan daripada Persatuan Pemilik dan Peniaga Desa Sri Hartamas dalam mempercepatkan pelaksanaan kerja-kerja naik taraf kawasan tersebut.
Berinspirasikan konsep Serene Meadow, kawasan ini akan menampilkan gabungan pelbagai spesies pokok teduhan, pokok renek berwarna-warni serta hamparan rumput yang mampu menyerlahkan keindahan landskap hijau di tengah bandar raya.
Selain itu, penerapan elemen batu-batuan sebagai penebat larian air turut dicadangkan bagi memberi nilai tambah kepada persekitaran, di samping mewujudkan suasana yang lebih nyaman, lestari dan harmoni untuk dinikmati warga kota.



