Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah berkenan berangkat ke ESG Centre Kuala Lumpur yang terletak di Tun Razak Exchange (TRX).
Keberangkatan baginda telah diiringi oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak serta Yang Berbahagia Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
Dalam kunjungan tersebut, baginda berkenan menerima penerangan berhubung objektif penubuhan ESG Centre Kuala Lumpur, pelaksanaan semasa kerjasama awam dan swasta, serta faedah pengamalan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) kepada organisasi.



