Topic: Education

SANTAI ILMU TANPA SEMPADAN DI PUSTAKA KL@SRI SABAH

Program Santai Ilmu Tanpa Sempadan khusus bagi menyantuni komuniti setempat untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan di Pustaka KL@ Sri Sabah. Turut hadir bersama ialah Puan Anita Mohd Jali, Ketua Pustakawan Perpustakaan Kuala Lumpur yang telah memberikan pesanan agar sentiasa mengunjungi dan menggunakan kemudahan perpustakaan yang disediakan sebaiknya.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah senamrobik, pertandingan mewarna kanak-kanak, Cabaran Puspa Wangi dan juga membuat DIY Bento di mana makanan dengan menu sihat dan berkhasiat dihasilkan bersama-sama pengunjung yang hadir.

Gallery
Resources
Submitted by
Zubli Osman
Perpustakaan Kuala Lumpur
09 Feb 2025
Newsletters
© 2026 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle