Topic: Green economy

PERLAKSANAAN KURSUS PEMATUHAN KELESTARIAN (SUSTAINABILITY COMPLIANCE ) (NCS-021:2024)

TARIKH PERLAKSANAAN KURSUS

2hb Julai - 11hb Julai 2024

LATAR BELAKANG

Kursus ini dilaksanakan untuk memperkasakan kompentasi kakitangan DBKL. Sebanyak 10 peserta latihan yang telah dipilih dan selepas kursus ini dilaksanakan peserta akan mendapat Sijil Pentauliahan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia

OBJEKTIF PERLAKSANAAN KURSUS

  1. Memahami konsep pengurusan kemampanan dan hubungannya dengan perubahan iklim;
  2. Memahami dan menggunapakai amalan hijau dalam operasi harian;
  3. Mempertingkatkan usaha untuk melakukan MRV (pengukuran, pelaporan dan pengesahan) jejak karbon;
  4. Mengenal pasti tindakan mitigasi untuk mengurangkan jejak karbon sedia ada; dan
  5. Merancang, melaksanakan dan memantau program hijau dan mampan, termasuk menggunakannya bagi tujuan pemasaran.

KEPERLUAN PERLAKSANAAN KURSUS

  1. Membantu peserta memahami dan mengetahui tentang keseluruhan perolehan mampanektrum amalan dan teknologi hijau, dan kemampanan, risiko dan peluang kepada kehidupan harian dan operasi kerja, serta boleh menjimatkan kos dan membawa keuntungan;
  2. Mempertingkatkan pengetahuan tentang polisi, akta dan garis panduan berkenaan amalan hijau dan kemampanan organisasi, bandar, negeri dan negara;
  3. Memperkasakan pengetahuan tentang inisiatif-inisiatif mitigasi yang boleh mengurangkan bukan sahaja pelepasan karbon tetapi juga kos operas; dan
  4. Memberi pengetahuan tentang inisiatif-inisiatif adaptasi bagi mengurangkan impak perubahan iklim kepada organisasi, bandar, negeri dan negara.

HARAPAN PERLAKSANAAN KURSUS

  1. Mempunyai kemampuan dalam menggunakan pengetahuan dan kemahiran amalan hijau dan kemampanan di dalam kehidupan dan tugasan harian mereka;
  2. Mampu merancang dan laksanakan aktiviti hijau dan mampan yang boleh mengurangkan kos operasi dan meningkatkan hasil kepada organisasi, bandar, negeri dan negara;
  3. Memantau, menilai dan melapor aktiviti yang menyebabkan pelepasan karbon yang boleh dielakkan dan ambil tindakan untuk mengurangkannya, yang akan membawa kepada penjimatan kos;
  4. Membantu organisasi untuk memberi input tentang keperluan atau penambahbaikan garis panduan, peraturan atau undnag-undnag sedia ada bagi tujuan mencapai misi kemampananan organisasi, bandar, negeri dan negara; dan
  5. Mampu menambah kerjaya sebagai Jurulatih JPK bagi modul Green Compliance di masa akan datang.
Gallery
Resources
Submitted by
Siti Aisyah Zakaria
Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
02 Jul 2024
Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle