Topic: Education

PERASMIKAN PROJEK PERINTIS KESELAMATAN JALAN RAYA UNTUK ZON SEKOLAH

YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, merasmikan Projek Perintis Keselamatan Jalan Raya untuk Zon Sekolah di Sekolah Kebangsaan Danau Kota 2 pada 4 Disember 2024.
Projek ini merupakan kerjasama antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Bloomberg Philanthropies Initiative for Global Road Safety dan Global Designing Cities Initiative yang bertujuan untuk meningkatkan keselamatan jalan raya di kawasan sekolah melalui pendekatan inovatif.
Langkah-langkah yang diambil termasuk mengurangkan kelajuan kenderaan di kawasan sekitar sekolah, menyediakan akses yang lebih selamat untuk pelajar dan pejalan kaki, serta memperkenalkan infrastruktur mesra pengguna bagi menggalakkan pengangkutan mampan.
Sekolah Kebangsaan Danau Kota 2, Setapak dipilih sebagai lokasi perintis kerana lokasinya yang strategik di kawasan berkepadatan penduduk tinggi. 70% dari jumlah pelajar di sekolah ini , tinggal dalam jarak 3 kilometer dari sekolah dan sangat sesuai dijadikan perintis bagi projek keselamatan jalan raya.
Projek ini turut menjadikan Kuala Lumpur sebagai pihak berkuasa tempatan pertama di Malaysia yang mewartakan Zon Sekolah dengan Had Laju 30 km/j. Inisiatif ini selaras dengan visi Kerajaan MADANI yang mengutamakan keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Datuk Bandar Kuala Lumpur berharap projek ini dapat menjadi contoh kepada pelaksanaan inisiatif yang lebih besar di masa hadapan, bukan sahaja di Kuala Lumpur tetapi juga di seluruh negara.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YB Ts Zahir Hassan, Ahli Parlimen Wangsa Maju dan YBhg. Datuk Zulkurnain bin Hassan, Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL.
Gallery
Resources
Submitted by
SUHAILIZA SUBRE
JABATAN PENGANGKUTAN BANDAR (JPB)
04 Dec 2024
Newsletters
© 2025 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle