Topic: Sustainable transport

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalanraya

𝐌𝐞𝐬𝐲𝐮𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐉𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐊𝐚𝐛𝐢𝐧𝐞𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 & 𝐊𝐞𝐬𝐞𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐲𝐚 𝐁𝐢𝐥.𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟒
Keselamatan dan kesesakan jalan raya merupakan isu kritikal yang mempengaruhi kesejahteraan rakyat serta keberkesanan sistem pengangkutan negara terutamanya di ibu negara. Dengan peningkatan jumlah kenderaan dan pengguna jalan raya setiap tahun, Kerajaan komited untuk memperkenalkan pelbagai langkah proaktif bagi memastikan keselamatan pengguna serta mengurangkan kesesakan yang boleh menjejaskan produktiviti dan kualiti hidup.
Pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan & Kesesakan Jalan Raya Bil.2/2024 yang berlangsung pada pagi tadi, kita telah mengenal pasti beberapa inisiatif utama yang akan dilaksanakan bagi mencapai objektif ini, termasuk penetapan had laju 30 km/j di kawasan sekolah, memperketat penguatkuasaan untuk mengurangkan kemalangan maut dan kajian lanjut mengenai alternatif untuk mengatasi kesesakan lalu lintas.
Selain itu, penambahbaikan sistem pemantauan lalu lintas dengan 5,000 unit kamera CCTV di Kuala Lumpur Command & Control Centre (KLCCC) juga akan membantu dalam pemantauan lalu lintas, bencana banjir, tumpahan konkrit, serta pemantauan jenayah oleh PDRM.
Saya yakin, dengan kerjasama semua Agensi yang terlibat, kita mampu mencapai sasaran untuk mengurangkan risiko kemalangan dan memperbaiki aliran trafik di ibu negara ini. Insya-Allah.
Gallery
Resources
Submitted by
SUHAILIZA SUBRE
JABATAN PENGANGKUTAN BANDAR JPB
15 Jul 2024
Newsletters
© 2025 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle