Masterclass Separuh Hari: Pengarusperdanaan Tindakan Iklim Inklusif untuk Kumpulan Kepimpinan Tertinggi DBKL
Kandungan Program akan diperincikan dan dimuktamadkan oleh perunding
Bahagian 1 : Pra-Masterclass (1 Jam)
Pendaftaran & Pra-Ujian QR dan Minum Pagi (30 minit);
Sesi Pengenalan & Protokol Rasmi – Penghormatan kepada Datuk Bandar dan Pengarah serta sebarang aktiviti promosi yang disarankan oleh DBKL. (10 minit); dan
Ucapan Alu-Aluan & Ucapan Datuk Bandar (20 minit)
Bahagian 2: Pengenalan kepada Kelestarian & Tindakan Iklim
Mengapa Masterclass ICA Penting?
Kepentingan peranan pembuat keputusan dan pemegang bajet dalam memastikan kelestarian bandar serta mengintegrasikan elemen keterangkuman dan tindakan iklim dalam operasi harian. (5 minit);
Definisi & Konsep Kelestarian : Memahami maksud sebenar kelestarian serta aplikasinya dalam tadbir urus bandar dari peringkat dasar hingga pelaksanaan di lapangan. (15 minit);
Keperluan untuk Melaksanakan Tindakan Iklim : Sorotan terhadap komitmen global seperti laporan IPCC, komitmen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan ASEAN, serta risiko dan impak perubahan iklim di peringkat global, Asia Tenggara, dan Malaysia. (15 minit); dan
Dimensi Pelaksanaan di DBKL : Penjelasan mengenai perancangan bandar sedia ada termasuk KLCAP2050, LCSBKL2030, dan KLSP2040, garis masa pelaksanaan, serta tanggungjawab dan kebertanggungjawaban DBKL dalam mencapai matlamat kelestarian. (25 minit).
Bahagian 3: Pemahaman Mendalam mengenai Tindakan Iklim Inklusif (ICA)
Definisi & Prinsip Asas ICA : Pengenalan kepada konsep teras seperti keadilan iklim, sistem penindasan, identiti dan peminggiran, serta interseksionaliti. Perbincangan mengenai tiga tonggak utama ICA - Proses Inklusif, Perancangan Inklusif dan Impak yang saksama. (20 minit);
Status Semasa DBKL dalam Aspek Keterangkuman;
Sorotan pencapaian DBKL dalam usaha memperkasakan ICA berdasarkan laporan C40. (10 minit);
Rumusan Penilaian Keperluan ICA : pemahaman kakitangan DBKL terhadap konsep tindakan iklim dan keterangkuman serta analisis jurang dan peluang yang dikenal pasti. (10 minit); dan
Aktiviti Visioning - Sesi interaktif untuk meneroka visi pemimpin terhadap “Kuala Lumpur yang benar-benar inklusif,” dengan tujuan mengenal pasti cabaran dan potensi penyelesaian. (20 minit).
Bahagian 4: Keterangkuman dalam Penggubalan Dasar & Keputusan
Kajian Kes Amalan Terbaik dari Bandar C40 - Pembentangan tiga kajian kes yang memaparkan amalan terbaik dalam ICA dari bandar di Asia Tenggara, Afrika, dan Amerika Latin, dengan penekanan kepada peranan kepimpinan dalam mengarusperdanakan keterangkuman dalam tindakan iklim. (15 minit);
Memperkasa Jabatan DBKL untuk mewujudkan Persekitaran Inklusif
Pengenalan kepada sumber, alat, dan pendekatan untuk mengintegrasikan ICA dalam proses kerja DBKL, membina asas bukti keterangkuman, serta memperkukuh komunikasi dan budaya organisasi yang lebih inklusif. (35 minit); dan
Rumusan, Pasca-Ujian, Ucapan Penutup & Sesi Bergambar (10 minit)
Makan Tengah Hari (1 Jam)