Kursus Perlaksanaan Pembangunan Mampan Dan Kepentingan Penglibatan Awam Dalam Mencapai AGENDA 2030 di Bandar Raya Kuala Lumpur
OBJEKTIF LATIHAN
- Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kepada kakitangan DBKL mengenai konsep dalam pembangunan mampan dan kepentingan melaksanakan inisiatif yang telah dirancang dalam dokumen perancangan seperti Sustainable Development Goals 2030 (17 Matlamat), Pelan Induk Masyarakat Rendah Karbon Kuala Lumpur 2030 , Pelan Tindakan Iklim Kuala Lumpur 2050 dan Kuala Lumpur Smart City Master Plan 2025;
- Memberi dan memantapkan lagi pengetahuan dan kefahaman terhadap kepentingan aspek kemampanan dari sudut perancangan, perlaksanaan pembangunan, kawalan pembangunan, pengurusan, cabaran dan masa hadapan;
- Memberi dan meningkatkan kesedaran, tanggungjawab dan rasa kepunyaan (sense of belonging) dalam diri setiap peserta terhadap perancangan pembangunan yang telah dibuat untuk Kuala Lumpur berkaitan dengan pembangunan mampan dalam melaksanakan tugas, fungsi dan peranan jabatan masing-masing;
- Meningkatkan kompetensi dan persediaan pegawai DBKL terutamanya berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab jabatan masing-masing dalam mengguna pakai serta melaksanakan pelan pembangunan mampan Kuala Lumpur seterusnya mencapai matlamat yang telah ditetapkan;
- Mendedahkan kakitangan dalam proses penyertaan pihak berkepentingan dan pelaporan kemampanan Kuala Lumpur (Penyediaan Voluntary Local Review (VLR) dalam komitmen Agenda Kemampanan 2030; dan
- Mempelajari amalan terbaik ‘best practices’ atau ‘transfer knowledge’ dari perkongsian pengalaman dari negeri/luar negara yang telah pun melaksanakan perancangan dan pembangunan yang berkaitan dengan konsep pembangunan mampan terkini.
JUSTIFIKASI PROGRAM
- Topik ini adalah untuk memberikan pemahaman yang terperinci dalam pelaksanaan pembangunan mampan;
- Selain daripada itu, ia adalah untuk memastikan semua pegawai dan kakitangan DBKL menerapkan konsep pembangunan mampan dalam pelaksanaan program/ aktiviti/ projek
HASIL PROGRAM
- Pengetahuan Dan Kefahaman Kepada Kakitangan DBKL Mengenai Konsep Dalam Pembangunan Mampan Dan Kepentingan Melaksanakan Inisiatif Yang Telah Dirancang Dalam Dokumen Perancangan Seperti Sustainable Development Goals 2030, Pelan Induk Masyarakat Rendah Karbon Kuala Lumpur 2030 , Pelan Tindakan Iklim Kuala Lumpur 2050, Kuala Lumpur Smart City Master Plan 2025 dan Bandar Selamat;
- Pengetahuan dan kefahaman terhadap kepentingannya dari sudut perancangan, perlaksanaan pembangunan, kawalan pembangunan, pengurusan, cabaran dan masa hadapan;
- Peningkatan terhadap kesedaran, tanggungjawab dan rasa kepunyaan (sense of belonging) dalam diri setiap peserta terhadap perancangan pembangunan yang telah dibuat untuk Kuala Lumpur berkaitan dengan pembangunan mampan. Dimana pentingnya ia dilaksanakan melalui fungsi dan peranan jabatan masing-masing;
- Pendedahan kepada pegawai dan kakitangan DBKL tentang kepentingan penglibatan komuniti dalam perancangan pembangunan projek dan program bandar mampan selaras dengan bidang dan skop kerja masing-masing dapat diberikan;
- Peningkatan kompetensi dan persediaan pegawai DBKL terutamanya berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab jabatan masing-masing dalam mengguna pakai serta melaksanakan pelan pembangunan mampan Kuala Lumpur seterusnya mencapai matlamat yang telah ditetapkan;
- Perubahan cara berkerja dan berfikir melalui amalan terbaik ‘best practices’ atau ‘transfer knowledge’ dari perkongsian pengalaman dari negeri/luar negara yang telah pun melaksanakan perancangan dan pembangunan yang berkaitan dengan konsep pembangunan mampan terkini;
- Pengetahuan pegawai dan kakitangan dbkl tentang kaedah “bottom-up” bersama komuniti dalam merancang dan melaksanakan kerja-kerja, projek pembangunan fizikal dan program kemasyarakatan supaya setiap kerja, projek pembangunan dan program dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan komuniti; dan
- Pemahaman keberkesanan kaedah “bottom-up” melalui sesi forum dalam latihan dan perbincangan dengan pemegang taruh seperti yang dilaksanakan oleh projek LA21KL sedia ada