Topic: Technology

BENGKEL PENDIGITALAN, PEMBANGUNAN WEBSITE & TIKTOK UNTUK KEBUN KEJIRANAN BANDAR LA21 DBKL

BENGKEL PENDIGITALAN, PEMBANGUNAN WEBSITE & TIKTOK UNTUK KEBUN KEJIRANAN BANDAR LA21 DBKL
23 SEPT 2025

AUDITORIUM PEJABAT CAWANGAN SEGAMBUT DBKL
Seramai 72 orang wakil Kebun Komuniti dan Kebun Kejiranan Sekolah telah menghadiri bengkel khas anjuran Unit LA21 DBKL dan JK Kebun Kejiranan Bandar LA21 yang memberi tumpuan kepada pendigitalan, pembangunan laman web dan penggunaan TikTok sebagai medium baharu.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk:
Memberikan kefahaman tentang kepentingan pendigitalan dalam pengurusan kebun.
Membekalkan ilmu digital yang boleh diaplikasikan terus dalam aktiviti seharian komuniti.
Membina jambatan antara teknologi dan kelestarian, khususnya untuk kebun kejiranan bandar.
Sepanjang sesi, peserta menunjukkan minat yang tinggi serta memberikan pandangan positif terhadap usaha ini. Mereka melihat pendekatan digital bukan sahaja membantu promosi kebun kepada masyarakat luas, malah dapat meningkatkan penyertaan komuniti, akses kepada maklumat, dan pembangunan kebun yang lebih mampan.
Inisiatif ini turut menyokong pencapaian beberapa Matlamat Pembangunan Mampan (SDG):
SDG 11: Bandar & Komuniti Mampan – menggalakkan ruang hijau bandar yang mesra komuniti.
SDG 4: Pendidikan Berkualiti – memberi ilmu digital kepada komuniti dan sekolah.
SDG 9: Inovasi & Infrastruktur – memperkenalkan teknologi digital untuk kebun komuniti.
SDG 12: Penggunaan & Pengeluaran Bertanggungjawab – menggalakkan kesedaran tentang amalan lestari melalui platform digital.
SDG 13: Tindakan Iklim – memupuk gaya hidup hijau dengan mengurangkan jejak karbon melalui pertanian bandar.
Melalui bengkel ini, jelas terbukti bahawa gabungan teknologi dan kelestarian mampu melahirkan kebun kejiranan yang lebih dinamik, moden, dan dekat di hati komuniti bandar.
Terima kasih kepada Pengajar kita pada program kali ini:
En Noor Aiman Samsudin (SDG Advocator & AJK Induk LA21)
En Fizullah Abu Bakar (Mynic Berhad)
En Yunif Ibrahim bin Ahmad (Jabatan Pertanian Malaysia)
Sekian, terima kasih.

Gallery
Resources
Submitted by
NOOR AIMAN BIN SAMSUDIN
COMMUNITY REPRESENTATIVE, LA21 DBKL
23 Sep 2025
Newsletters
© 2025 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle