DBKL METRAI KERJASAMA DENGAN UCLG-ASPAC UNTUK PENGANJURAN MGMAC 2025

Satu perjanjian kerjasama rasmi telah dimeterai antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan United Cities and Local Governments Asia-Pacific (UCLG-ASPAC) bagi penganjuran Meeting of Governors and Mayors of ASEAN Capitals (MGMAC) 2025 yang bakal berlangsung pada 12 hingga 14 Ogos ini sempena ASEAN Malaysia 2025.

Majlis menandatangani perjanjian ini telah diadakan di Jakarta, Indonesia bersempena dengan Climate Resilience and Innovation Forum (CRIF) 2025: Empowering Cities and Local Governments for a Climate-Resilient Future. DBKL diwakili oleh YBhg. Datuk Seri TPr (Dr.) Maimunah Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur manakala UCLG-ASPAC diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Dr. Bernadia Irawati Tjandradewi.

Kerjasama ini menjadi titik tolak penting dalam memperkukuh peranan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah MGMAC 2025, di samping merancakkan agenda kerjasama serantau serta pertukaran amalan terbaik antara ibu kota negara ASEAN dalam membentuk masa depan bandar yang inklusif, inovatif dan berdaya tahan iklim.

Newsletters
© 2025 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle