DBKL & CIDB METERAI MoU INTEGRASI SISTEM DIGITAL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjayakan integrasi sistem digital dalam usaha memperkukuh pemantauan kontraktor serta projek pembangunan di Kuala Lumpur.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh YBrs. Puan Azlina binti Mohd Saad, Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL, mewakili DBKL dan YBrs. Encik Suhaimi bin Mansor, Pengurus Besar Kanan CIDB, mewakili CIDB.

Majlis berkenaan turut disaksikan oleh YBhg. Dato’ Seri Azman bin Ibrahim, Ketua Setiausaha, Kementerian Kerja Raya serta YBhg. Datuk Seri TPr Fadlun bin Mak Ujud, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Melalui kerjasama ini, tiga sistem utama DBKL iaitu Sistem Perolehan dan Pengurusan Projek, Building One Data System (BRID) serta OSC 3.0 akan diintegrasikan dengan sistem Malaysia Contractors Portal (MCP) milik CIDB.

Integrasi ini membolehkan perkongsian maklumat dan penyelarasan tindakan dilaksanakan dengan lebih cepat, tepat dan menyeluruh, sekali gus membantu mengurangkan risiko kelewatan projek, isu pematuhan serta ketirisan, seterusnya memperkukuh tadbir urus pembangunan bandar raya.

Newsletters
© 2026 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle