DATUK BANDAR KUALA LUMPUR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DUTA BESAR YAMAN KE MALAYSIA

Pada 5hb, Ogos 2025, YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur, telah menerima kunjungan hormat daripada T.Y.T Dr. Adel Mohamed Ali BA Hamid, Duta Besar Republik Yaman ke Malaysia.

Pertemuan ini memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Yaman dan Malaysia, khususnya dalam konteks kerjasama bandar dan hubungan diplomatik di peringkat tempatan. Antara perkara yang dibincangkan termasuk potensi kerjasama dalam bidang pendidikan, perdagangan serta pertukaran budaya yang mampu memberi manfaat kepada kedua-dua negara.

Kunjungan ini turut mencerminkan komitmen bersama dalam memupuk persefahaman, memperluas jaringan kerjasama serta mengukuhkan hubungan diplomatik yang saling menguntungkan antara kedua-dua pihak.

Newsletters
© 2026 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle