DATUK BANDAR KUALA LUMPUR LAKSANAKAN LAWATAN TAPAK BAGI MEMANTAU PERKEMBANGAN DAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN SEKITAR IBU KOTA

Datuk Bandar Kuala Lumpur pada hari ini telah mengadakan lawatan ke tapak-tapak cadangan pembangunan di Kuala Lumpur bersama jabatan-jabatan teknikal DBKL. Lawatan ini turut dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Perancangan, DBKL.

Beliau turun padang untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai keadaan persekitaran di tapak-tapak cadangan pembangunan di sekitar Kuala Lumpur.

Antara lokasi lawatan seperti Bukit Kiara, Segambut, Bukit Dinding, Taman Batu Muda, Kolam Batu dan Taman Wahyu, bagi menilai sendiri keadaan topografi semasa, kemudahan infrastruktur sedia ada serta trend pembangunan di kawasan sekitar.

Lawatan ini juga membolehkan penilaian dibuat terhadap pembangunan yang melibatkan kawasan sensitif seperti kawasan bercerun, kolam takungan banjir dan zon kawalan keselamatan. Beliau juga dapat memastikan pembangunan yang dicadangkan sehaluan dengan keperluan komuniti setempat pada masa ini dan di masa hadapan.

Pemerhatian secara langsung ini amat penting bagi memastikan pertimbangan terhadap cadangan pembangunan dibuat secara menyeluruh, tepat dan selaras dengan perancangan bandar yang mampan dan selamat.

Newsletters
© 2025 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle