Sejak 2017, program MySchoolBus menjadi inisiatif penting DBKL dalam meringankan beban kos sara hidup keluarga B40 dan M40 (M1) di PA/PPR. Ribuan pelajar mendapat akses ke sekolah dengan lebih selamat, mudah dan teratur, tanpa menambah tekanan kewangan ibu bapa.
Program ini berkembang daripada MySchoolBus kepada MySchoolBus@Wilayah pada 2021, dan seterusnya diperluaskan ke perumahan kos rendah swasta demi memastikan tiada anak warga kota tercicir hanya kerana kekangan pengangkutan.
Hari ini, program ini merangkumi 142 kawasan perumahan, memanfaatkan 8,000 hingga 12,000 pelajar setiap tahun, dengan sokongan 107 operator, 221 kenderaan, dan liputan 296 sekolah termasuk sekolah rendah, menengah dan pendidikan khas.
Inisiatif ini mencerminkan komitmen DBKL membina bandar yang lebih penyayang dan inklusif. Kerana bagi kami, setiap anak Kuala Lumpur berhak menuju masa depan cerah dan perjalanan itu bermula dengan satu perjalanan yang dipermudahkan. Meringankan beban, menghubungkan masa depan.


