MENINGKATKAN KESELAMATAN JALAN DI KAWASAN SEKOLAH

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang melaksanakan kerja kerja menaik taraf jalan di sekitar kawasan sekolah bagi mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, terangkum dan mesra pengguna untuk semua.

Sebanyak tiga zon sekolah telah dikenal pasti iaitu di Brickfields, Cochrane dan Bandar Tun Razak yang melibatkan lebih daripada sepuluh buah sekolah. Penambahbaikan infrastruktur yang dilaksanakan merangkumi penyediaan lintasan jalan yang lebih selamat, penaiktarafan laluan pejalan kaki serta pelaksanaan langkah memperlahankan trafik bagi mengurangkan kelajuan kenderaan dan meningkatkan tahap kebolehcapaian khususnya untuk kanak kanak dan golongan orang kurang upaya.

Inisiatif ini menyokong matlamat kerajaan dalam menetapkan had kelajuan tiga puluh kilometer sejam di kawasan sekolah. Usaha ini turut menggalakkan aktiviti berjalan kaki dan berbasikal melalui penyediaan jalan yang lebih selamat dan selesa selari dengan aspirasi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar rendah karbon dan berdaya huni

Newsletters
© 2026 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle