Pada 13hb. Disember 2025, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menerima kunjungan hormat daripada Datuk Wira Dr. M. Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), bertempat di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut.
Pertemuan tersebut memberi ruang kepada kedua-dua pihak membincangkan pelaksanaan pengurusan sisa pepejal serta pembersihan awam di Kuala Lumpur. Turut hadir, YBhg. Dato’ Ir Ts. Gs. Dr. Mohd Azhar bin Abd Hamid, Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.
Pertemuan ini turut menjadi medan berkongsi pandangan serta cadangan penambahbaikan bagi memastikan aspek kebersihan dan pengurusan sisa pepejal di Kuala Lumpur terus ditingkatkan demi kesejahteraan warga kota.
