KUNJUNG HORMAT KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF TNB KE ATAS DATUK BANDAR KUALA LUMPUR

Pada 10hb. Disember 2025, Datuk Bandar Kuala Lumpur hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Datuk Ir. Megat Jalaluddin bin Megat Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Menara DBKL 1.

Pertemuan ini memberi fokus kepada potensi kerjasama dalam pengurusan dan sokongan utiliti tenaga bagi kawasan niaga serta ruang bandar, bagi menyokong pelaksanaan pembangunan dan aktiviti ekonomi warga kota dengan lebih teratur dan efisien.

DBKL kekal komited memperluas inisiatif yang dapat meningkatkan kemudahan dan kesejahteraan warga Kuala Lumpur

Newsletters
© 2026 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle