Pada 10hb. Ogos 2025, program Children’s City Walk telah menghimpunkan suara anak muda untuk meneroka Kuala Lumpur dengan lebih dekat, merasai sendiri kemudahan pengangkutan awam, infrastruktur dan berkongsi idea untuk menjadikan jalan serta ruang awam lebih selamat dan inklusif untuk mereka.
Ini lebih daripada sekadar satu acara berjalan kaki yang santai, ia adalah satu langkah kecil ke arah membentuk Kuala Lumpur yang mesra, berdaya huni dan disayangi oleh semua kanak-kanak.



