DELEGASI PERTUBUHAN REKA BENTUK BANDAR MALAYSIA (PEREKABANDAR) BERTEMU DATUK BANDAR KUALA LUMPUR

Pada 28hb. Julai 2025, Datuk Bandar Kuala Lumpur telah menerima kunjungan dari Pertubuhan Reka Bentuk Bandar Malaysia (PEREKABANDAR) yang diketuai oleh Presidennya, Prof. (Rtd) Dr. Shuhana Samsuddin.

PEREKABANDAR merupakan badan bukan kerajaan (NGO) yang komited dalam memperkasakan amalan reka bentuk bandar yang mampan, holistik dan berorientasikan komuniti di Malaysia.

Topik perbincangan menjurus kepada perkara berkaitan pelaksanaan Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040 (PTKL2040), termasuk cadangan penubuhan Unit Reka Bentuk di peringkat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai langkah memperkukuh agenda pembangunan bandar yang inklusif dan berdaya tahan.

Diharapkan pertemuan ini menjadi titik tolak ke arah jalinan kerjasama strategik antara DBKL dan PEREKABANDAR dalam mempertingkat mutu reka bentuk bandar yang selaras dengan aspirasi Kuala Lumpur sebagai sebuah kota bertaraf global.

Newsletters
© 2026 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle