Usaha menjadikan ibu kota lebih bersih dan mampan diteruskan menerusi Program Khidmat Komuniti anjuran DBKL bersama Cawangan Latihan Khidmat Negara (CLKN) yang berlangsung di Taman Tasik Titiwangsa.
Program melibatkan seramai 240 peserta termasuk pelatih PLKN dan wakil agensi seperti JUPEM, NRES, FRIM dan lain-lain. Aktiviti utama ialah plogging – gabungan larian santai sambil mengutip sampah – selaras dengan inisiatif Pelan Hala Tuju Kuala Lumpur Ke Arah Sifar Sisa 2040.
Sebanyak 138.55 kg sampah dikumpul, terdiri daripada 66.05 kg bahan boleh kitar semula dan 72.5 kg bahan buangan biasa.
Melalui pendekatan 4Ps (Public-Private-People Partnership), program ini bukan sahaja membersihkan kawasan tumpuan awam, tetapi turut memupuk kesedaran sivik serta semangat sukarelawan dalam kalangan peserta.
DBKL komited memperluas advokasi dan pendidikan awam demi merealisasikan aspirasi Zero Waste@KL menjelang 2040.