PERSEDIAAN KOMUNITI MENGHADAPI BANJIR DI KUALA LUMPUR

Sebagai salah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti dalam menghadapi banjir, Bengkel Latihan Training of Trainer (TOT) Persediaan Komuniti Bagi Menghadapi Banjir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah diadakan hari ini di Pusat Aktiviti Kampung Pasir.

Majlis perasmian bengkel ini telah disempurnakan oleh YBrs. En Zulkifli bin Muhammad, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL. Bengkel selama dua hari ini bertujuan memberi pendedahan menyeluruh kepada peserta, meliputi aspek persiapan sebelum, semasa, dan selepas bencana banjir.

Program ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara DBKL dan agensi rakan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Yayasan Petronas dan Global Environment Centre (GEC).

Komuniti yang menyertai bengkel ini termasuk penduduk dari Kampung Periuk (Parlimen Titiwangsa), Kampung Pasir (Parlimen Lembah Pantai), Kampung Kassipilay (Parlimen Segambut), Kampung Segambut Dalam (Parlimen Segambut), dan Kampung Chubadak (Parlimen Wangsa Maju).

Diharapkan melalui bengkel ini, risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda dapat diminimakan, sambil memperkasakan masyarakat dengan ilmu dan persiapan yang mantap untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana di masa hadapan.

Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle