JOM BERSIH BUKIT BINTANG 22 -CERIA, BERSIH, INDAH

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur melalui Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL) mengadakan Jom Bersih Bukit Bintang ke-22 dengan tema “Ceria, Bersih dan Indah.” Program ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Program Jom Bersih, yang diadakan dua kali setahun, merupakan salah satu aktiviti untuk mencapai matlamat SDG ke-11 iaitu Bandar dan Komuniti Mampan, di mana usaha-usaha meningkatkan tahap kebersihan dan keindahan bersama komuniti disamping memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menjaga kebersihan dan alam sekitar.

Program ini juga bertujuan untuk menanam rasa sayang komuniti setempat dalam menjaga dan memulihara alam sekitar dan kebersihan persekitaran, bekerjasama dengan rakan kongsi dan masyarakat setempat serta menggalakkan amalan sihat di kalangan warga kota.

Datuk Bandar Kuala Lumpur dalam ucapan beliau menyifatkan program seperti hari ini sebagai salah satu contoh aktiviti yang dapat membantu mencapai matlamat ke arah warga kota yang lebih sihat dan sejahtera, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan.

Tambah beliau lagi, melalui aktiviti ini, setiap lapisan masyarakat akan sedar tentang kepentingan mengamalkan gerak kerja berpasukan yang bersatu padu ke arah mengindahkan lagi kawasan persekitaran selaras dengan tema kita pada hari ini, iaitu Ceria, Bersih dan Indah.

Seramai 1,000 orang peserta dari 40 agensi kerajaan, swasta, institusi pendidikan, sekolah dan NGO hadir memeriahkan program ini.

Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle