TARIKH PERLAKSANAAN KURSUS
15hb Mei 2024 - 16hb Mei 2024
OBJEKTIF PERLAKSANAAN KURSUS
- Memahami prinsip dan konsep model penilaian bandar berdaya tahan;
- Mengenalpasti pelbagai kaedah penilaian yang digunakan untuk menilai daya tahan sesebuah bandar terhadap kesan perubahan iklim dan bencana alam; dan
- Mengenalpasti faktor perubahan iklim dan bencana, potensi risiko dan kelemahan bandar serta menyediakan strategi dalam mengurangkan risiko dan kesiapsiagaan bencana secara berkesan.
KANDUNGAN KURSUS
- Pengenalan Kepada Bandar Berdaya Tahan
- Rangka Kerja Penilaian Bandar Berdaya Tahan
- Mengenalpasti Bahaya, Keterdedahan, Kerentanan dan Risiko
- Kaedah Penilaian Bandar Berdaya Tahan (Resilience Assessment Tools, Climate Disaster Resilience Assessment- CDRI)
- Penglibatan Dan Keterlibatan Komuniti (Community Based Disaster Risk Management CBDRM)
- Pembangunan Mampan dan Berdaya Tahan
JUSTIFIKASI PERLAKSANAAN KURSUS
- Kursus ‘Asas Penilaian Bandar Berdaya Tahan’ ini adalah satu usaha ke arah pengembangan drastik sifat daya tahan sesuatu bandar dan peningkatan penggunaan konsep ini dalam perancangan serta tadbir urus sesuatu bandar;
- Ianya memberi pendedahan baharu terhadap pandnagan teori terkini dengan kajian kes agar dapat memahami prinsip dan kaedah yang digunakan dalam menilai dan meningkatkan daya tahan bandar terhadap kesan perubahan iklim dan bencana alam;
- Kursus ini diharapkan dapat memberi asas yang komprehensif dalam melengkapkan para peserta dengan kemahiran penilaian bandar berdaya tahan; dan
- Melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang diperlukan untuk menilai, meningkatkan dan memupuk aspek daya tahan impak perubahan iklim dan bencana alam di dalam perancangan bandar dan pengurusan alam sekitar di Kuala Lumpur.
HARAPAN PERLAKSANAAN KURSUS
- Pengetahuan yang lebih komprehensif berkaitan dengan prinsip dan konsep model penilaian bandar berdaya tahan;
- Peningkatan dalam pelaksanaan pelbagai kaedah penilaian yang digunakan untuk menilai daya tahan sesebuah bandar terhadap kesan perubahan iklim dan bencana alam;
- Pemahaman berkaitan dengan faktor perubahan iklim dan bencana, potensi risiko dan kelemahan bandar serta menyediakan strategi dalam mengurangkan risiko dan kesiapsiagaan bencana secara berkesan.