PROGRAM GOTONG ROYONG BLUEPRINT KEBERSIHAN BUKIT BINTANG ‘JOM BERSIH BUKIT BINTANG 21 – KELESTARIAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA’

27 April 2024 - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menganjurkan Jom Bersih Bukit Bintang ke-21 dengan tema “Kelestarian Tanggungjawab Bersama”. Program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Ismadi Bin Sakirin, Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Program Gotong Royong Blueprint Kebersihan Bukit Bintang ‘Jom Bersih Bukit Bintang 21 – Kelestarian Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama’ Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL) ini adalah acara tahunan dan diadakan secara berkala iaitu 2 kali setahun di Bukit Bintang sejak tahun 2012 dan kali ini merupakan kali ke-21. Program ini merupakan salah satu aktiviti untuk mencapai matlamat SDG ke 11 iaitu Bandar dan Komuniti Mampan di mana usaha-usaha meningkatkan tahap kebersihan dan keindahan bersama komuniti disamping memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menjaga kebersihan dan alam sekitar.

Program ini juga bertujuan untuk menanam rasa sayang komuniti setempat dalan menjaga dan memulihara alam sekitar dan kebersihan persekitaran, bekerjasama dengan rakan kongsi dan masyarakat setempat serta menggalakkan amalan sihat dikalangan warga kota.

Selain itu, program kali ini turut melancarkan Kempen Kitar Semula Minyak Masak Terpakai dibawah inisiatif Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar dan Fathopes Energy Sdn Bhd. Program ini juga turut dikendalikan oleh Jawatankuasa Blueprint Kebersihan Bukit Bintang LA21KL dengan kerjasama Jabatan Dalam DBKL, agensi-agensi Kerajaan dan Swasta, rakan-rakan NGO, sekolah dan institusi pengajian tinggi serta komuniti setempat yang terdiri daripada badan korporat, hotel, penjaja setempat dan peniaga kecil dengan kehadiran penyertaan hampir 1000 orang peserta dari 40 pihak berkepentingan .

Turut hadir memeriahkan program termasuk Encik Adam Saffian Ghazali (Ketua Pegawai Eksekutif, Alam Flora Sdn Bhd), Mr Douglas Crichton (Area Director, Plaza Lowyat Group of Companies) dan Mr Vinesh Sinha (Ketua Pegawai Eksekutif, Fathopes Energy Sdn Bhd).

Newsletters
© 2024 SDG Centre Kuala Lumpur. All rights reserved.
homemagnifiercrossarrow-up-circle