RETREAT PEMBENTUKAN JAWATANKUASA DAN PENYEDIAAN PELAN TINDAKAN SEKOLAH MAMPAN KUALA LUMPUR (LA21KL) 2024-2028
24-26 Mei 2024
Satu Retreat diaturkan oleh LA21 KL , Bahagian Pembangunan Mampan , Jabatan Perancangan Bandaraya Kuala Lumpur melibatkan pelbagai pihak berkepentingan juga rakan kongsi LA21 KL dalam usaha meneruskan pelaksanaan insiatif Sekolah Mampan .
Retreat ini diadakan untuk bersama-sama membuat pelaporan kemajuan pelaksanaan program bagi tempoh 2022-2023 (Kitar 1.0) sehingga berjaya mengadakan satu Majlis Anugerah Sekolah Mampan yang melibatkan 15 sekolah di WPKL. Sebanyak 20 program telah dilaksanakan di bawah Sekolah Mampan Kuala Lumpur dalam tempoh dua tahun ni dengan kerjasama rakan kongsi Sekolah Mampan Kuala Lumpur .
Pada sesi retreat kali ini juga turut dibincangkan Pembentukan Jawatankuasa Sekolah Mampan yang baru bagi tempoh 2024-2028 (untuk Kitar 2.0 dan Kitar 3.0) dan penghasilan Pelan Tindakan dalam menetapkan sasaran perkembangan penyertaan sekolah WPKL juga perancangan program/aktiviti ke arah usaha mencapai hasrat pelaksanaan Sekolah Mampan iaitu:
"Sekolah Mampan Kuala Lumpur sebagai wadah untuk membentuk pelajar, guru, warga sekolah dan masyarakat setempat yang mempunyai ilmu dan teknologi kelestarian untuk mengamalkan dan membudayakan amalan dan teknologi kelestarian bagi menyediakan Masyarakat Mampan Kuala Lumpur yang penting untuk memastikan usaha mencapai pembangunan mampan Kuala Lumpur."
Dalam kesempatan mengadakan retreat ini, satu sesi perkongsian juga turut diadakan bersama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri juga Universiti Teknologi Malaysia , JB. Sesi ini sangat membantu kepada percambahan idea dalammenambahbaik pelaksanaan program Sekolah Mampan Kuala Lumpur.
Pihak MBIP dan UTM juga turut mengadakan sesi lawatan ke 2 tapak program kitar semula
1. Hub Kitar Semula- Sunway GRID | Sunway Boulevard- Sunway City Iskandar Puteri
2. Hub Kitar Semula Minyak Masak Terpakai- Oil2Wang- Surau Taman Pulai Flora, 81300 Skudai, Johor
Pelaksanaan 2 projek yang dilawati ini antara projek dibawah Geran Rendah Karbon MBIP
Terima kasih diucapkan atas penglibatan semua pihak yang membantu secara sukarela dan memberi komitmen yang tinggi dalam menjayakan usaha murni ini dalam usaha kondusif ke arah mendokong pembentukan Masyarakat Mampan Kuala Lumpur untuk mencapai Bandar Berdayahuni. Diharapkan moga banyak sekolah lagi di Kuala Lumpur berminat untuk menyertai program ini yang akan memberi manfaat kepada warga sekolah khususnya juga warga kota umumnya.
#KLBandarUntukSemua #bandarmampanbandarsejahtera #sekolahmampankualalumpur #klbandarrendahkarbon #SDG2030
#DBKL